Oleh SITI NURHALIA
FENOMENASENI : TARAWIKH
Macam Forum Hal Ehwal Agama plak.
Macam mana forum Fenomenaseni boleh membawa tajuk berjodol "TARAWIKH"? dlm topik perbincangan minggu lepas (Ahad malam).
Walhal ...... dah hampir tiga-suku masa rancangan bersiaran berlalu, namun masih tidak ada sikit pun isu mengenai topik yg berjodol "TARAWIKH" tersebut diperkata dan diperbincangkan. Asyik2 kita dengar mereka berbual mengenai bisnes di bulan puasa, majlis2 berbuka puasa bersama anak2 yatim dan ghairah berborak tentang persiapan untuk rancangan di Hari Raya. Cakap pasai hendak seronok saja golongan artis2 ni. Kononnya majlis2 hiburan tidak harus di 'rehat' walaupun dalam bulan puasa - kata mereka sebagai menangkis syor yg di ajukan oleh salah seorang dari pemanggil.
Dah nak sampai kepenghujung rancangan, baru nak bawak berbincang tentang terawih. Itupun tidak begitu menyeluruh jika bersabit dgn penglibatan artis2 Melayu (yg muslim). Kalau lagu tu, baik jangan beri tajuk "TARAWIKH" kalau dok asyik berbual luar drp topik. Nama 'forum' pun patut di tukar kpd - 'borak' atau 'rancangan berborak' . Ini kerana apa yg berlaku - tidak nampak unsur2 forum yg benar2 forum sikit pun. Ini lebih kepada berborak dikedai kopi saja lagaknya. Gebang kedai kopi saja kata orang.
Ejaan 'TARAWIKH' pun ada bermacam2 - berbagai2. Jadi macam segenap apa yg di eja pun semuanya okey - ada ejaan 'TERAWIH' - ada ejaan 'TARAWIH' - ada ejaan 'TARAWIKH' - ada ejaan 'TERAWIKH' - macam2 ejaan timboi. Entahlah istilah dalam bahasa kita sendiri tidak ada - harap dok pinjam orang lain punya - istilah Arab mali asal usulnya. Sebab pun jadi macam2.
Seperti juga ejaan pada 'RAMADAN' . Ada pula yg di eja 'RAMADHAN' - pun ada juga di eja 'RAMDHAN' - 'RAMADZAN' - 'RAMDZAN' - 'RAMAZAN' - 'RAMZAN' - dan sebagainya. Macam2 - tak pening tengok? Haru.
Malah, banyak lagi istilah2 (yg di ciplak) yg diambil dari bahasa asing - kemudaian di melayukan dgn ejaan yg bermacam2 dgn berbagai2 - sampai naik keliru hingga jadi bercelaru kita sebagai penggunanya.
Itulah padahnya kita ghairah sangat suka meminjam, menceduk atau mengambil 'orang lain punya' - kemudian nak dijadikan hak kita punya. Jadi caca-merba lah akhirnya. Sabit tu bahasa kita jadi BAHASA CACA-MERBA .... BAHASA BUBUR CACA .... BAHASA CAMPUR-ADUK.....
BAHASA ROJAK .... yang cukup paling sinonim.
Patutlah macam2 bentuk ejaan dapat kita saksikan di kaca2 skrin tv di semua stesen2 yg berbeza2 - walaupun maksud atau ertinya sama.
Berbalik kpd tajuk yg diberi sebagai konon2nya untuk menghormati bulan Ramadan - jadi topik berjodol "TARAWIKH" tu mungkin cukup sesuai lah gamaknya? Namun apa yg jelas - itu hanyalah suatu gimik - suatu propaganda untuk menunjuk2 kpd penonton yg golongan artis pun tidak mengabaikan ibadah di bulan Ramadan. Ya! TAPI yang jelasnya - tidak ada apa yg kita dapat saksikan yg artis2 ni beriya2 berbincang ataupun berkongsi pengalaman mereka dalam amalan ibadah mereka di bulan Ramadan - khusunya dalam amalan berjemaah solat sunat terawih - sedangkan tajuknya pun berjodol "TARAWIKH". Namun, tidak ada apa2 yg dapat membuktikan yg mereka2 ini begitu serius dan benar2 menjalani ibadah di bulan Ramadan. Jika tidak hendak menjadikan sifat 'menunjuk2' atau 'riak' - tolong jangan bawak berbincang dlm majlis2 forum yg dikatakan forum seperti ini.
Apa yg kita sedia nampak cuma penonjolan mereka (artis2) dlm usaha untuk mempromosikan keterampilan mereka dlm hal2 mengenai aktiviti untuk kepentingan diri mereka sahaja (semata2 untuk mengejar 'glamor') - seperti bisnes di bulan puasa - juadah berbuka puasa, majlis2 berbuka puasa (berhibur untuk mereka2 yg berbuka puasa di hotel2 mewah) - dan juga dalam bulan puasa pun sudah mula berniaga untuk persiapan di Hari Raya seperti fesyen tudung kepala, fesyen baju raya, kuih muih untuk Hari Raya dan yg berkaitan dgn persiapan Hari Raya di awal2 bulan Ramadan lagi. Itulah keghairahan yg selalunya jelas kita nampak di kalangan artis2 kita. Terpampang di kaca skrin tv sejak awal Ramadan lagi - malah sebelum menjelang Ramadan pun ada.
Begitulah betapa GHAIRAH nya kita kalau sebut pasai nak merayakan HARI RAYA ........ bulan puasa (RAMADAN) tu hanyalah sebagai faktor sampingan untuk memberi perangsang kpd mereka untuk menyambut kedatangan SYAWAL iaitu HARI RAYA AIDILFITRI. Dulu kita sambut Hari Raya hanyalah di hari pertama - kedua & ketiga sahaja. Tetapi sekarang, oleh kerana mentaliti kita meningkat maju (kononnya) untuk berpesta dgn sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri ...... maka sekarang kita dgn kerjasama dari media2 hiburan seperti media tv kini menyambut HARI RAYA AIDILFITRI sehingga habis sebulan bulan SYAWAL. SSebulan kita RAYA dong.
Alasannya ..... KALAU PUASA SEBULAN ...... RAYA PUN SEBULAN juga lah.
Itulah Melayu kita .... kalau pasai RAYA ..... serah kat depa laaaa ........
Ada seketika dulu ..... sebelum nama negara di beri nama "MALAYSIA" (1963) .... satu cadangan telah diberi untuk menamakan negara baru bagi Malaya selepas mencapai kemerdekaan dan tertubuhnya persekutuan bersama Sabah & Sarawak (juga Singapura & Brunei) (pada tahun 1963) .... dengan nama "MELAYU RAYA". Nasib baik tak diterima .....nasib baik tak jadi ....... kalau tidak kalu ...... bukan di bulan Syawal sahaja kita RAYA ......... tapi TIAP2 HARI KITA RAYA ...... jika negara kita dinamakan dgn nama 'MELAYU RAYA'. Tak gitu?
TIAP2 HARI MELAYU RAYA.
SAKAN ..... SAKAN ...... KALAU NEGARA KITA DINAMAKAN "MELAYU RAYA".
Tanpa nama tu pun Melayu la ni bila sebut pasai RAYA ....... Melayu sajalah yg RAYA SAKAN.
Bangsa2 lain tak pun pulun merayakan Hari Raya atau Hari Kebesaran mereka sampai sebulan mcm kita masyarakat Melayu. Sakan .... sakan ..... sungguh sakan sekali masyarakat Melayu kita.
ITU SEBAB ..... UNGKAPAN "MELAYU RAYA SAKAN" AMAT PALING SESUAI SEKALI.
ARTIS2 & MEDIA2 TV PUN SAKAN PUNYA PULUN BUAT PROMOSI SANA PROMOSI SINI UNTUK HARI RAYA LAH YG LEBIH SAKAN DARIPADA BULAN PUASA DISEGI SAJIAN & HIDANGAN PROGRAM2 SIARANNYA.
DI TV KITA .... DI BULAN RAMADAN PUN DAH NAMPAK MACAM SUASANA DI HARI RAYA ..... NAMPAKNYA BULAN RAMADAN PUN AKAN JADI BULAN MENYAMBUT 'HARI RAYA' SEBAGAI PRELIMINARY DAN PERSEDIAAN UNTUK BETUL2 PUNYA REAL PUNYA SAMBUTAN PADA KETIBAAN BULAN SYAWAL NANTI .......
TAK LAMA NANTI MUNGKIN KITA AKAN MULA BERHARI RAYA START DARI BULAN RAMADAN LAGI. CAMPOQ DGN BULAN SYAWAL ..... MAKA AKAN JADI DUA BULAN PULAK KITA RAYA .......
SAKAN ..... SAKAN ..... LAGI SAKAN LAGI!
0 comments:
Post a Comment