Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin tahu mengenai nikmat di syurga bagi mereka2 yg dijanjikan syurga apabila membuat kebaikan semasa hidup didunia baik dalam amal ibadat kpd Allah dan juga segenap amar makruf nahi mungkar.
Selain dari nikmat2 lain yg boleh didapati di syurga....
Yang kita sering dengar hanyalah janji2 yg diberikan hanya kepada orang lelaki saja... iaitu .. bidadari ... apatah lagi 70 (atau 72?) bidadari lagi ... seronok sakan bagi depa yg lelaki ni ... kat dunia nak kahwin lebih pada satu pun jenuh punya siksa nak pujuk bini supaya diberi kebenaran & kerelaan (consent)... pun paling banyak hanyalah di hadkan kepada 4 sahaja (serentak atau pada satu2 masa) ... maksimum tu ...tapi bila di syurga nanti ... sampai 72 bidadari ???....
dahsyat tu ustaz. Macam mana boleh tahan ka dgn pukulan sampai 72 bidadari nak pulun untuk lepas gian (hubungan sex lah tu)? Boleh ka? ....
mungkin dalam syurga ... semuanya possible kut? ..... gamak2nya lagu tu lah kut nu?
Dan bagi yang kami kaum2 wanita pulak macam mana ustaz? Tak kan dapat bidadari jugak kut? Mula pakat jadi lesbian lah kaum2 wanita bila berada di syurga nanti. Atau akan ada jenis yg sama waktu dgnnya seperti BIDADARA (lawannya BIDADARI) .... Tak pernah pulak kita dengar selain dari BIDADARI yg dijanji2kan untuk penghuni2 syurga? Kalau tak ada kalu..... maka jawabnya pakat jadi lesbian lah kaum2 wanita di syurga nanti .... kan ustaz? kan?
Kesian kat kaum2 wanita ustaz.... Dah lah suami2 depa semua dah dapat habuan bidadari (sampai 72 pulak tu) ... takkan depa nak peduli bini2 yg depa pernah berkahwin semasa hidup di dunia dulu ... sedangkan depa dapat habuan baru ... barang baik lagi dari syurga ... iaitu bidadari ......
Boleh tolong perjelaskan sikit ustaz?
Sekian, terima kasih.
Munah Liza
0 comments:
Post a Comment