Tuesday, September 08, 2009

DUNIA KIAMAT 2012?!

"Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (yaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang? "(QS Muhammad: 18)








Jika kajian ini hampir bertepatan bersedialah umat Islam sekelian. Sesungguhnya zaman yang dinanti sudah terlalu hampir tiba. Perkuatlah Tauhid kita semua untuk menghadapinya. Ini bukanlah ramalan kerana ianya dilarang tetapi sekadar matchingkan di antara suasana terkini dengan Hadis dan Al-Quran. Topik perbincangan kita adalah perihal Virus H1N1.. Mengapa ianya di pilih untuk kajian kerana ianya PENTING. Kajian ini akan diterapkan serba sedikit dari cabang ilmu sains saikologi.

Sesuatu benda atau hal dianggap penting apabila ianya :

1. Terkena keatas setiap batang hidung manusia atau majoriti umat manusia
2. Apabila isu tersebut dinyatakan oleh pemimpin tertinggi sesebuah Negara atau pemimpin pilihan manusia .
3. Apabila Isu tersebut menyebabkan kematian iaitu sesuatu yang paling di takuti manusia tetapi bukan manusia yang kuat tauhidnya.
4. Apabila isu tersebut dimainkan setiap hari oleh media media pilihan masing-masing
5. Isu tersebut mempunyai sentimen kejutan atau keluar-biasaan.

Kita lihat bagaimana tugasan Nabi Isa a.s di akhir zaman yang diantaranya untuk :

1.Menghapuskan pajak

2.Menghapuskan babi

3.MengIslamkan seluruh umat manusia.

Suasana disini menyebut ianya berlaku secara TOTAL iaitu setiap manusia atau babi tidak terkecuali. Apakah Nabi Isa a.s akan melakukan sendirian..…sudah tentu tidak. Ia semestinya berlaku di atas faktor-faktor berikut :
MengIslamkan Seluruh Umat Manusia

1. Ianya pasti berlaku apabila Islam sudah menguasai Dunia dengan kepimpinan Imam Mahdi. Lantas di seluruh dunia, mukminin akan bangkit atas nama Islam. Sesiapa yang masih degil …..diantara umat Islam itu sendiri yang akan membuat tindakkan yang di hajati Nabi ISA a.s diatas perintah Allah s.a..w jua.

2. Kekuatan tentera Islam sudah terbukti kekuatannya . Ini terbukti di Afghanistan meskipun di Iraq malahan di Palestine. Walau di media nampak kalah tapi hakikatnya tentera barat mengaku yang mereka tak pernah menang. Mereka hanya menang propaganda. Perang saraf ini menimbulkan ketakutan dan penghormatan di mata manusia seluruh dunia setelah berjaya menewaskan Gergasi-Gergasi Barat. Harus diingat mereka ini adalah Tentera yang berperang bersama dengan bantuan Allah s.w.t.
Menghapuskan Babi

Jika melihat senario sekarang (Contohnya Malaysia) adalah amat mustahil untuk menghapuskan babi secara TOTAL kerana :

1. Ianya melibatkan perasaan kaum

2. Ianya melibatkan kepentingan ekonomi

3. Ianya melibatkan kepentingan politik.

Ana tidak pernah terfikir politik kini dapat menghapuskan BABI secara TOTAL tetapi hanya sekadar “membuka jalan memberi peringatan” kepada manusia berdasarkan ideologi masing-masing. Adalah amat mustahil untuk menghapuskan BABI secara Total melalui politik. Itu hakikat. Tetapi mengapa diisyarakatkan Nabi ISA dapat membunuh semua Babi. Tidak lain tidak bukan kembali kepada faktor-faktor yang telah disebutkan sebelum ini.

1. Isu H1N1 sudah menimpa keatas majoriti umat manusia. Ini telah menimbul ketakutan atau kebencian tanpa mengira Agama kerana ianya melibatkan kematian. Kematian adalah perang saraf paling berjaya untuk mengusai minda manusia. Lantas manusia itu sendiri beriltizam untuk membunuh setiap BABI di planet BUMI. Harus diingat, untuk melahirkan kebencian manusia keatas sesuatu isu adalah terlalu sukar walaupun ianya melibatkan penerangan dari pihak atasan.

Disini banyak perkara terjawab mengapa isu BABI menjadi sensasi Di Malaysia kalau hendak dibandingkan dengan ISU Zina/Rasuah yang jauh lebih besar dosanya. Kalau hendak dibandingkan perasaan jijiknya kepada babi berbanding zina…orang Islam Malaysia akan menjawab BABI. Mungkin Orang Islam terdahulu berfikiran lebih jauh dari kita kini. Mereka mungkin melihat dakwah Agama Islam itu secara keseluruhannya iaitu “untuk diri sendiri” dan “untuk masa hadapan” yakni sehingga ke period zaman Nabi Isa a.s. Mereka sudah memulakan perang saraf perihal Babi dari dahulu lagi kepada anak-cucu supaya menimbulkan kebencian kepada BABI lantas apabila tiba masanya mungkin anak atau cucu mereka akan lebih mudah bersama-sama membantu Nabi ISA a.s membunuh BABI tanpa perasaan dolak dalih lagi.

2. Sekiranya benar H1N1 ini adalah perancangan BARAT untuk tujuan ekonomi mereka, nampaknya perancangan Allah s.w.t lebih hebat untuk menrealisasikan matlamat Nabi Isa di akhir zaman. Menggunakan tipu helah mereka untuk membenamkan mereka sendiri. “Allah Hu Akbar”.

Menghapuskan Pajak

Perkara ini melibatkan ekonomi secara langsung. Sudah terbukti malah diakui bahawa sistem riba yang berjalan sekarang adalah berkonsepkan kapitalis yang hanya menghasilkan manusia yang tamak dan sombong. Kelompok sombong ini hanyalah kelompok minoriti di dunia . Yang miskin/sederhana terdiri daripada manusia majoriti Mereka hidup semakin tersepit dan hina di pandang mereka. Ini telah menimbulkan kebencian di hati golongan manusia majoriti. Sebab itulah jika dilihat sekarang, perlaksanaan atau kajian terhadap sistem ekonomi Islam bergerak laju . Ianya seolah-olah bergerak secara parallel dengan perkara pertama iaitu bermaksud mewujudkan sistem pemerintahan Khalifah di Dunia. Lihat apa yang berlaku di Afghanistan . Lihat bagaimana kuatnya tentera Palestine di Bumi Palestine. Lihat bagaimana meningkatnya kesedaran Islam di Malaysia atau seluruh Dunia amnya. Semua ini sedang menanti saatnya. Semua ini sedang menunggu Ketuanya. Lantas apabila sistem Khalifah itu sudah berjalan maka dengan mudah untuk Nabi Isa a.s memperkenalkan sistem yang syumul kerana kebencian kepada system Kapitalis sudah wujud sebelumnya.

Jika di renungkan segala peristiwa yang berlaku sekarang dan kebelakangan ini nampaknya ketiga-tiga2 tugasan Nabi Isa a.s itu sudah bermula sekarang secara parallel. Ianya benar-benar aktif bergerak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Takdirnya seolah-olah terlalu dekat. Bantuan dan Bala Allah s.a.w semakin jelas di ketahui orang. Gempa Bumi, Perubahan Iklim, Wabak Penyakit dan bantuan kepada tentera Mujahiddin. Hanya menunggu kemuncaknya.

Bilakah kemuncaknya ? … Wallahualam."

Kepada pemimpin-pemimpin BN/Umno, bertaubatlah sekarang!

TAKBIR: ALLAHHU AKHBAR!

1 comments:

Antares said...

Watch Drunvalo Melchizedek & The Maya of Eternal Time - a fascinating 14-part lecture - for a clearer understanding of the cosmic transformations we are experiencing!