Wednesday, September 02, 2009

HIP TV DI TV9 - MANA DIA KONSEP 1 MALAYSIA?


Oleh Muhd Majid

Mana dia konsep 1 Malaysia yg sering dilaung2kan bersama oleh kakitangan media2 tv - baik pengacara, hos2 rancangan, artis2 yg mengambil peranan dalam pelbagai rancangan, program dan bual bicara (talk show) serta slot2 berupa iklan ataupun promosi - sentiasa tidak lupa melafazkan "SALAM SATU MALAYSIA" baik pada pembukaan maupun diakhir rancangan ..... menggantikan ucapan "goodbye" kpd penonton.

Bila melihat program Hip TV (di TV9) semalam (Isnin - 31 Ogos 2009) yg memaparkan senarai artis2 Melayu sahaja sebagai warga Malaysia yg boleh di banggakan dlm menaikkan dan mengharumkan nama Malaysia. Kenapa hanya warga Malaysia dari keturunan Melayu sahaja? Tidakkah konsep SATU MALAYSIA harus di utamakan? diamalkan? diadaptasikan? di aplikasikan? di implimentasikan?

Kenapa personaliti unggul seperti Dato Michelle Yeoh tidak diambil kira sama dlm senarai artis2 atau personaliti yg cemerlang di peringkat antarabangsa? Beliau seorang pelakon filem yang menyinar lebih hebat dari artis2 tempatan kita yg ada. Selain bergiat aktif dan mula menyinar di Hong Kong, beliau juga satu2nya warga Malaysia yg Hollywood nampak hinggakan beliau terpilih untuk bergandingan dgn Pierce Brosnan (watak James Bond) dalam filem James Bond (Tomorrow Never Die (1997). Bukan calang2 orang jika diambil berlakon dlm filem Hollywood .... apa lagi filem James Bond pula......... terpilih dalam senarai sebagai one of the Bond Girls .... mind you. Malaysia harus berbangga dengan ini. Kita rakyat SATU MALAYSIA harus berbangga..

Sia-sia saja pihak media2 TV hanya sekadar mampu melaung2 "SALAM SATU MALAYSIA" setiap kali bersiaran ....... itu seperti 'parroting' ala burung kakak tua sahaja gayanya. Lihat sajalah .... setiap kakitangan media2 TV - baik pengacara2, hos2, penyampai berita dan artis2 yang muncul pasti dan mesti memberi ucapan "Salam Satu Malaysia" ..... apa? itu hanya 'salam kosong' semata-mata? Mungkin kerana diarah oleh pihak atasan ...... maka terpaksalah - hendak tak hendak - mengeluarkan ungkapan seperti yg di ucapkan oleh pemimpin kita (PM in particular). Nampak2nya begitulah .......... very obvious. Nampak sangat tidak ikhlas dlm menyampaikan ucapan "Salam Satu Malaysia" oleh mereka2 itu.

Begitu juga dgn paparan seperti program HipTV di TV9 seperti yang di maksudkan itu.

Satu lagi walaupun pihak di HipTV TV9 menyenaraikan artis2 (dan juga dari kalangan personaliti dlm bidang kepakaran masak memasak seperti Chef Wan) - personaliti seperti Datuk Shake harus juga disenaraikan sebagai personaliti yg mengharum menyemarak atau memperkenalkan nama Malaysia di negara luar (negara Peranchis).

Begitu juga dgn artis/penyanyi Aishah - tidak kurang kehebatannya.

Walau bagaimanapun personaliti seperti Dato Michelle Yeoh seharusnya dan sepatutnya terpilih sekurang2nya di tahap kedua teratas selepas Anita Sarawak (yg sudah sememangnya layak & pilihan yg paling tepat sekali akan kedudukan ditahap teratas iaitu YANG PALING TOP - tidak boleh disangkal lagi - Diva yg benar2 outstanding & outshine the rest of them all iaitu ANITA SARAWAK).

Dan personaliti Datuk Shake (selepas Michelle Yeoh) juga tidak kurang hebatnya dalam pencapaiannya di luar negara dalam bidang hiburan. Beliau juga artis Melayu yang mula2 sekali di kurniakan darjah kebesaran 'datukship'.... Yes! he's the first Malay artiste to carry the title 'Datuk'.
Being a Malaysian, we should be proud of Datuk Shake in his performace and achievement out of his own effort - tanpa gembar gembur yg dimainkan oleh pihak2 media tv ataupun media2 hiburan (media cetak).

Pihak media TV tidak seharusnya mengetepikan mereka2 yg dikira layak walaupun tidak selalu dapat liputan dari media tempatan. Jangan main pilih apa yang media TV berkenan saja dan ada kepentingan. Konsep SATU MALAYSIA tidak main 'pilih bulu'. Satu Malaysia seharusnya mengaplikasikan konsep yang tidak berat sebelah ....... SATU MALAYSIA merangkumi 'all level - same level playing field' ...... bukan 'level' yang tak samarata yg hanya melibatkan SEBILANGAN RAKYAT MALAYSIA sahaja. Itu bukan nya konsep 'Satu Malaysia' namanya.

Jangan mempersia2kan konsep SATU MALAYSIA.

0 comments: