Tuesday, December 01, 2009

Warisan - Anak Kecil main api


Oleh Anak Mami

Anak Kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
(Dalam perenggan ini cuba menyatakan bahawa bangsa Tionghua dan bangsa Indian merampas hartanah Malaysia, maka tanah melayu bukan lagi milik Melayu, ini sengaja mengasingkan kaum lain sebagai penyamun tanah bumiputera.)

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
(Umno menegaskan perpecahan kaum Melayu akan mengakibatkan kehilangan harta benda nenek moyang tergadai, siapakah yang mangadai ? jawapannya UMNO lah yang mengadai Malaysia, siapakah yang menyebaabkan persengketaan sesame Melayu? Jawapannya UMNO.)

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
(Umno cuba brainwashing bahawa Malaysia itu akan dijual milik oleh kaum lain, Malaysia adalah milikan Melayu sahaja, tapi kaum lah Cuma pendatang, malah memalui lagu ini segala usaha nenek moyang mereka akan dimilik kuasa oleh kaum lain. )

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
(Melayu itu cuma bangsa kacukan tetapi rumpun original belum diketahui oleh pakar enthopologi, malahan kedatamgan Islam, melayu hanya menganut sahaja, sejarah dunia tidak mencatatkan apa kah sumbangan Melayu terhadap Islam. Nampaknya kaum Melayu Umno cuba memutarbelitkan fakta sejarah. Mereka bukan ada apa jasa terhadap Islam, bukankah sejarah telah membuktikan kedatangan Islam ke tanah melayu adalah dari Cina, kenapa pula tidak menganggap Cina memberikan sumbangan yang berjasa terhadap Melayu,. Tetapi Melayu Umno lah bagai kacang lupakan kulit. )

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
(Akibat 08-03-2008, maka UMNO dengan desperate, hilang kepercayaan diri, mengakibatkan UMNO hidup dalam kelam. Akibatnya peluang untuk rasuah , nepotisma, kronisma semakin dibongkarkan, maka peluang hendak jadi penyangayk dan penyamun Negara semakin tipis)

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
( Dengan adanya kuasa maka UMNO dapat melakukan kekejaman dengan menggunakan makenisma kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR ..untuk melakukan kekecohan, dengan adanya kuasa UMNO dapat lakukan penyelewengan terhadap Negara. Dengan adanya kuasa Umno berupaya lakukan penindasan terhadap rakyat, sekarang ini lah UMNO gila kuasa).

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
(Memang pun UMNO salah sebuah parti politik yang tdak mambawa manfaat kepada rakyat. Cuma menggunakan sentiment perkauman untuk mengautkan kuasa, Melayu tidak akan maju dan gagah perkasa, selagi UMNO tidak dihapuskan, Melayu akan hidup terbengkalai, miskin papa akibat pijakan UMNO dalam system feudalistic di Malaysia, rakyat dijadikan hamba, diperkosa dan diperbodohkan mengikut naluri kezaliman mereka.)

52 tahun memerintah Malaysia..
Membodohkan melayu dengan lagu-lagu macam nie..
Mengkhianati bangsa sendiri dengan cara memainkan sentimen asabiyah dan perkauman yang sangat tinggi!
Hingga mengatasi rasa kecintaan agama Islam itu sendiri..

Alhamdulillah.. Syukur ku pada-Mu Ya Allah..
Kerana diberikan hidayah..
Dapat menilai antara hak dan batil
Dapat melihat antara asabiyah dan Islam!
Benarlah! Hanya Islam yang akan memelihara bangsa
Tetapi bangsalah yang akan merosakkan Islam!

0 comments: