Thursday, January 14, 2010

Islam mazhab UMNO



Oleh Anak Mami

Islam mempunyai berbagai Mazhab, dalam mahzhab sunah 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali, Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi., tapi kini Islam di Malaysia Mazhab UMNO akan didirikan untuk mengganti Islam Hadhari. Mazhab UMNO adalah dipimpin oleh Khalifah Najib bin Altantunya Asabiyyah

Isu kontroversi Kalimah Islam telah mengalih tahap Najib membakar diri. Di mana pihak UMNO lah yang berpengalaman dalam mentadbir negera ini dengan keyakinan penuh bahawa untuk penyelesaain masalah ini , kaum lain haruslah tunduk atas permintaanan ini.

Menteri pintu belakang di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pemimpin-pemimpin gereja di negara ini wajar mengambil pendekatan sama dengan seorang tokoh Kristian di Sabah yang meminta masyarakat Kristian di Malaysia menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah “Allah”.

Datuk Clarence Bongkos seorang tokoh Kristian Sabah. Ini mungkin cerita lucu yang paling besar berlaku di Sabah. Untuk menjelaskan kesilapan menteri Datuk jamir, Clareance Bongkos bukan sahaja tidak dihormati oleh penganut Kristian di kawasannya Penampang malah telah dicelah oleh paderi kerana tidak menghormati upacara penyambutan Krismas di Buhavan Square baru-baru ini. Beliau langsung bukan seorang tokoh kristian tetapi seorang ahli politik yang tiada pendirian yang melompat dari PBS dan kemudian ke PDS. Berita ini sengaja disediakan di muka depan Daily Express oleh ketua pengarang Daily Express James Sadar juga seorang JP. James Sadar juga menyediakan artikelnya Point Ponder di Surat Akhbar tersebut. Datuk jamil, sila tanya penganut kristian di Sabah dahulu siapa Datuk Clerance Bongkos sebelum memberi kenyataan kerana ini akan memalukan sendiri sahaja.

Persoaalannya :

1) Di manakah letaknya kewibaan mahkamah tinggi, dimanakah letaknya kuasa perlembagaan yang dipraktikkan oleh Malaysia? Ungkapan Menteri pintu belakang semata mata menghina perlembaan Malaysia. Menghina Mahkamah.

2) Adalah muktamad Mahkamah membuat keputusan bahawa isu Kalimah diselesaikan mengikut lunas perundangan. Dimana hanya golongan UMNO pengganas yang tidak mengiktirafkan kuasa Mahkamah, jadi ini membuktikan kuasa adalah lebih mulia dari segala.

3) Isu ini disengaja diperhebatkan, ini adalah tanda tanda UMNO mengkibarkan kuasa untuk menghasut kaum minority di Malaysia.

4) Umno sengaja menarik pihak istana terlibat dalam hal sensitive ini. Dimana umno inginkan segala kesalahannya diperbetulkan melalui sultan, jadi nampaklah sultan Selangor mula bersuara.

Inilah gejala yang tidak sihat, Umno telah dibakar api sendiri. Apabila golongan Pengganas UMNO mengambil tindakan sendiri membakar gereja. Tidak kurang media antarabangsa mempromosikan bahawa UMNO adalah parti pengganas, ini lah kehandalan UMNO memburukkan nama baik Malaysia.

Dari Ketuanan Melayu telah tukar jadi Ketuanan Islam. Ini membuktikan Ketuanan Melayu dihimpit ke pepenjuru dan diterima rakyat mengabaikannya. Jadi Umno mula lah ingin menikat penyokong penyokong dari PR, menarik ramai lagi sokongan Melayu, lalu memperjuangkan Ketuanan Islam. Ini lah satu unsur yang menyindirkan maruah Islam sedunia, sehingga mencemarkan nama baik Islam sebagai agama pengganas. Keterlaluan dalam nafsu menyalahgunakan Islam jadi alat politik. Jelasnya bagi UMNO Islam itu politik, politik itu Islam tanpa membezakan manakah kebenarannya, tengoklah ramai Melayu Islam akan menuntut hak Islam bagai Hak murtamad dalam pentadbiran Negara.

Memang tidak dinafikan ramai orang asli atau rakyat di Sabah dan Sarawak bukan beragama Islam, patutnya mereka dikategorikan sebagai bumiputra, tetapi bagi UMNO penganut Islam sajalah diiktiraf bagai bumiputra. Jadi dalam proses islamisasi UMNO adalah gagal, pertumbuhan kristianiti dan katholik semakin giat maju, tersempitnya ruang untuk UMNO mencipta lebih ramai bumiputra yang berlandaskan prinsip UMNO. Ini adalah berlawanan dengan pentafsiran `bumiputera’ yang diperjuangkan oleh UMNO.

Kaum pribumi Sabah dan Sarawak adalah target islamisasi UMNO, semakin ramai kaum pribumi menganut Islam, maka semakin kuatlah UMNO, UMNO berangan angan menggunakan Islam untuk mengawal otak penyokongnya. Jadi lah UMNO bertanggung malu apabila UMNO ingin mengistiharkan Malaysia sebagai Negara Islam. Pada hal kaum pribumi juga tidak memberikan peluang untuknya. Pendek kata, UMNO gunakan Islam sebagai senjata poliik kini menghadapi impian yang berkecai apabila isu Kalimah Allah disalahgunakan.

Jelas tamparan Kalimah Allah membangkitkan lebih ramai rakyat memahami reality sebenarnya, UMNO berupaya menarik penyokong yang beragama Islam untuk mendirikan empayarnya, tidak kurang dalam projek M , dimana Mamak Mahathir memberikan kaum pendatang dengan hak kerakyataan seramai 2 juta. Semakin ramai kaum Muslim maka semakin kuatnya UMNO. Kini Umno juga risau suatu hari nanti, kekurangan kuasa dari penganut Islam yang memaksa Umno didiskriminasikan dan UMNO akan hilang kuasa selama lamanya.

Haruslah diperingatkan, Islam adalah senjata politik UMNO. Asalkan kuasa UMNO sanggup mengadaikan apa jua,. Demi kuasa, UMNO sanggup menimbulkan kekacauan di Malaysia. Demi kuasa, UMNO berani menerima cabaran sebagai membakar sentiment perkauman. Tetapi dalam zaman IT, malangnya tahi yang terlekat di buntot UMNO tersebar luas hingga media antarabangsa membusukkan nama Malaysia. Siapa patut tanggungjawap?? Ini lah UMNO pengkhianat rakyat, UMNO parti Pengganas.

Note : refer to Asabiyyah
http://en.wikipedia.org/wiki/Asabiyyah

http://www.islamview.org/khutab_htm/Tribalism%20part2_E.htm

1 comments:

Pacifist said...

kalau umno ini ganas dan sebagainya kaum bkn islam/bumiputera tidak akan sampai ke tahap ini.umno cuma gah pada kata2 dan slogan ttp pengisian hambar.kata2 hidup melayu!hidup islam!dsb.kalau tidak kenapa islam mudah shj dihina,bhs melayu terpinggir,dan banyak lagi kepincangan yg dilakukan mereka.penentangan yg berlaku lbh kpd menentang pelembagaan kerana tidak cocok dgn kehendak sesetengah kaum.apa yg perlu ditentang ialah salah urus tadbir mereka sahaja spt masalah rasuah,penyalahgunaan kuasa dsb.apa yg sy nampak umno gagal merancang pembinaan bangsa malaysia selama 52 thn kerana tidak menerapkan roh pelembagaan ke dlm jiwa setiap rakyat malaysia.mereka masih melayan tuntutan eksklusif demi undi politik.itu sebab bangsa lain mudah menekan mereka.