Wednesday, January 13, 2010

MYSTERY: Siapa paling untung dari episod gereja di serang?


Dari Blog Unspinners

Blogger Hantu Laut bertanya siapakah yang bakal beruntung sekali dari episod serangan terhadap gereja? Pastinya bukan Najib dan kerajaan.

Yang paling beruntung adalah pembangkang yang sering dapat mengumpulkan markah politik dari sebarang konflik dalam negara.

Itulah sebab pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cepat menuding jari untuk menyalahkan Najib dan UMNO.

Sebaliknya kemungkinan besar agent provocateurs itu datang dari penyokong pembangkang yang terlampau taksub untuk memburuk-burukkan kerajaan pimpinan Najib dengan menyalahkan UMNO.

Adakah orang UMNO begitu bodoh untuk memburukkan keadaan yang bukan lagi memihak kepada mereka?

Ianya juga adalah usaha pembangkang untuk mengurangkan populariti BN di Malaysia Timor di mana sebahagain besar penduduknya adalah orang Keristian.

JIka Sabah and Sarawak masih padat di belakang BN, Pakatan tidak akan ada harapan langsung untuk ke Putrajaya.

Bukankah ini satu peluang keemasan untuk memburukkan Najib dan UMNO serta mencuri undi popular dari negeri Malaysia Timor dan memecahbelahkan UMNO dan parti2 komponen BN di Malaysia Timor.

Parti politik memang dikenali melakukan sabotaj terhadap perjalanan kerajaan dengan mengunkaan ajen-ajen sabotaj untuk mengkucar kacirkan keadaan dari perbezaan dengan polisi kerajaan.

Tapi maklum sajalah penyokong Pakatan sudah buta untuk tidak melihat kemungkinan sesuatu yang jahat sebegini berlaku.

2 comments:

Anonymous said...

tiada siapa yg untung.menambahkan lagi luka pd rakyat malaysia.malah umno,pas dan sebahagian pkr ttp berpendirian sama.mereka sepakat penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan sewenangnya.tidak timbul umno mengambil kesempatan kerana kantolik herald yg mulakan.kenapa tidak masalah ini dibincangkan oleh ahli agama kedua pihak dan mengapa perlu di bawa ke mahkamah?

Anonymous said...

Gals
You have got to see this. Obama playing on XBox. Funniest video ever. http://bit.ly/bllhx1