Monday, January 11, 2010

NGO UMNO Nak Jadi hero






Oleh Anak Mami

NGO UMNO cuba menonjolkan budiman yang baik, ngo UMNO cuba mengambil kesempatan demi mendaulatkan imej UNMO memenuhi konsep 1 Malaysia. Ini lah keadaan hulu hara ditambah pula NGO UMNO yang tidak tahu malu,. Bermuka tebal sering nak menjadi Jaguh kampong, tiba tiba mempunyai idea untuk memberikan perkhimatan percuma… ini lah agenda flip flop yang amat memalukan. Terasa hairan dimanakah maruah puak puak NGO UMNO??

NGO Pro UMNO yang menuntut hak kalimah Allah sambil menjerit jerit di Masjib. Golongan yang bermotifkan isu perkauman, golongan yang menuntut Kalimah ALLAH adalah hak eksklusif Melayu tiba tiba flip flop ingin menjadi mata dan telinga demi menjaga gereja dielakkan dilontar bom api.

Antara NGO yang terlibat dalam inisiatif sukarela itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma)- Ridhuan Tee
Badan Tarbiah Sejagat (Batas),
Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris),
Pertubuhan Peribumi Semenanjung (Perkasa),
Darussyifa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), - geng Mamak Mengenai pengawasan di masjid-masjid, beliau berkata perkara itu akan turut diberi pertimbangan memandangkan ancaman bukan sahaja melibatkan gereja malah rumah ibadat umat Islam juga mungkin terancam.
Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
Islamic Information and Services Foundation (IIS).

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/49135-130-ngo-islam-rela-mahu-pantau-keselamatan-gereja-


Menurut Johan yang mewakili NGO :Mengenai pengawasan di masjid-masjid, beliau berkata perkara itu akan turut diberi pertimbangan memandangkan ancaman bukan sahaja melibatkan gereja malah rumah ibadat umat Islam juga mungkin terancam.:

Rakyat amat peka atas NGO Umno, jangan harap penawaran mereka dapat diterima oleh pihak gereja,. Silap silap mereka mengambil kesempatan akan memburukkan lagi suasana di gereja. Silap silap golongan ini akan membunuh paderi dan menghapuskan gereja sama sekali.

Ancaman bukan sahaja melibatkan gereja malah rumah ibadat umat Islam juga mungkin terancam.:
Ini membuktikan puak NGO UMNO cuba memburukkan nama baik penganut Kristian, dimana dalam simboliknya menyatakan pihak kristian cuba membalas dendam keatas masjib.

Rakyat memahami siapakah lawan siapakah kawan, kini rakyat bukan lagi buta mata. Tapi setiap rakyat yang cintakan keamanan akan ketawa pecah perut akibat ingin tutup imej NGO pro UMNO. Rakyat bukan lagi berdarjah tiga, harus diajar , ditipu dan dididik. Tetapi rakyat mempunyai otak yang cerdik membezakan yang mana palsu dan yang mana benar.Rakyat tidak akan terperangkap dalam agenda yang bermotifkan politik.

1 comments:

Anonymous said...

bukan saje 'NGO UMNO nak jadi hero' tapi Omar Goh Wei Liang pon nak jadi hero Islam Malaysia !!!

tambahan pulak, dia berterima kasih pada sama Najib dan MCA dalam inciden pembakaran gereja !!