Sekali lagi Anak Mami dengan riang genbira dimana rakan rakan Tionghua di Malaysia merayai tahun baru. Gong Xi Fa Cai diucapkan kepada semua peminat peminat Anak Mami.
Beberapa hari lepas yang lalu, saya telah jumpa seorang Fengshui Master dari Johor Bahru, lalu menyoal sedikit sebanyak tentang apakah tanda tanda Tahun Baru Cina kali ini? Tahun lepas adalah tahun Lembu, dimana insiden kepala lembu telah berlaku. Takkan lah tahun ini insiden kepala harimau diulang pula?? Maka didapati tahu tahun ini adalah tahun Harimau. Mengikut Fengshui Master katakan ini bukan Harimau biasa, tapi tahun ini adalah tahun harimau besi !! Malaysia akan dikawal oleh Harimau Besi, maka anak mami terkejut dan terperanjat manalah datangnya harimau besi.
Dengan penjelasan yang Fengshui Master itu, katanya Tahun ini Tahun Harimau Besi, dia menjelaskan dalam pengiraan 5 element, ada kayu, tanah, api, air dan besi, tahun ini terjatuh besi dan harimau, jadi diibaratkan sebagai harimau besi. Katanya tahun ini amat bahaya kepada rakyat Malaysia, Harimau besi itu cukup power dan mempunyai kuasa penuh, makan manusia, hendam dalam perut, banyak manusia akan jadi mangsa harimau besi. dimana Harimau besi ini cukup jahat, tidak berperikemanuasiaan, jelasnya Harimau besi ini akan membawa Malaysia kelam kabut, huru hara, rakyat akan marah dan takut., rakyat akan bangkit tunjuk perasaan menghalau harimau besi ini.
Tambahan pula fengshui master itu menyatakan Malaysia ada 3 ekor Harimau Besi, satu ekor berwarna biru, manakala yang dua ekor harimau pula dibela oleh tuan yang serupa. Kata fengshui master tengoklah tahun ini rakyat akan lawan dengan 3 ekor harimau itu, rakyat akan mencederakan 3 ekor harimau itu hingga tuannya hilang kuasa.
Anak Mami pun pulang ke rumah berfikir bermalam malam, tanya sini dan tanya sana, siasat dari internet, email beratus ratus kepada sahabat dan tanyakan tentang 3 ekor harimau itu, akhirnya faham lah apa yang dikatakan oleh Fengshui Master itu selepas meninjau gambar di bawah.

0 comments:
Post a Comment