
Oleh Doreen a/k Seah
Dipetik dari The Herald
Ramai yang mengutuk akan tindakan orang-orang yang mementingkan diri dan tidak berperasaan sehingga sanggup menyimbah cat dan membaling alat letupan di Rumah Ibadat.
Rumah Ibadat merupakan tempat kudus bagi mana-mana penganut agama. Kita masih belum pasti siapa yang melakukan perbuatan terkutuk ini tetapi apabila Gereja diserang, sasaran dan kebencian kita adalah terhadap penganut Islam.
Ini merupakan senario yang tidak sihat kerana membenci boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Kata “Allah” yang digunakan di dalam HERALD hanyalah digunakan di dalam Gereja. Selama berkurun-kurun lamanya umat Kristian menggunakan kata ini, tidak pernah terjadi pun demonstrasi dan kejadian membakar Gereja.
Namun, disebabkan oleh beberapa pemimpin yang tidak bijak, kebebasan umat Kristian mulai disekat dengan pelbagai cara.
Paling ketara ialah penggunaan kata “Allah” dan kini, Majlis Agama juga sibuk untuk melarang perkataanperkataan lain untuk digunakan oleh umat Kristian. Apa semua ini?? Kenapa takut dengan ‘akhbar Katolik kecil’ yang edarannya tidak sampaipun 20 ribu naskah?
0 comments:
Post a Comment