Saturday, October 02, 2010

Open Letter to IGP: Pembunuhan Kejam Anjing Di Ladang Sg. Gadung

Kepada,
IGP

Daripada,
Ravichandran A/L V.Vairappan
No.38, Jalan Setia Impian,
U13/5E Setia Alam
40170 Shah Alam

Per : Pembunuhan Kejam Anjing Di Ladang Sg. Gadung

Terlebih dahulu saya ucapkan Tahniah atas perlantikan uan sebagai IGP Malaysia dan kepada pasukan Polis Malaysia yang berjaya mengendalikan Kes Pembunuhan Kejam Datuk Sosialawati dan rakan-rakannya. Apa yang amat mendukacitakan saya sebagai Pencinta Haiwan , peristiwa pembunuhan kejam anjing-anjing yang berada Sg.Gadung itu amat memilukan hati saya.

2. Apabila saya membaca, berita berkaitan dengan pembunuhan ini dengan segera saya menghubungi YDP Majlis Perbandaran Kuala Langat En. Abdul Razak bin Jaafar melalui telefon bimbit. Malangnya saya tidak diberi penerangan yang jelas oleh beliau tentang pekara ini walaupun ianya dilakukan oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kuala Langat.

3. Saya juga difahamkan , anjing-anjing tersebut telah diberi hukuman mati dengan tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak-pihak yang tertentu seperti badan kebajikan haiwan (SPCA) . Saya rasa anjing-anjing ini tidak diberi makan beberapa hari dan dibiarkan tanpa jaga. Ini menyebabkan anjing ini bertindak liar. Sebagai seorang manusia kita seharusnya mempunyai nilai belas kasihan terhadap haiwan haiwan kerana kita boleh berfikir secara matang.

4. En.Abdul Razak Bin Jaafar yang mempunyai pengalaman yang luas kerana perkhidmatannya di agensi-agensi kerajaan sudah tentu tahu semua kehidupan didunia ada hak untuk hidup. Malangnya anjing-anjing yang tidak berdosa itu dibunuh tanpa belas kasihan.

5. Baru-baru ini sekumpulan orang kurang upaya yang membantah pembunuhan ini telah cuba pergi ke pejabat beliau untuk mendapatkan keterangan. Malangnya mereka dihalang, dicerca dan dimarahi oleh sekumpulan pegawai disitu. Mereka juga akhirnya memberikan alasan bahawa Pihak Polis telah memberikan kebenaran untuk membunuh anjing-anjing ini.

6. Setelah meneliti semua perkara, saya sebagai seorang pencinta haiwan, telah membuat laporan polis terhadap En.Abdul Razak bin Jaafar di Balai Polis Setia Alam kerana tidak berpuas hati terhadapnya( Salinan berkaitan disertakan bersama-sama surat ini). Dalam laporan saya meminta pihak polis menyiasat tentang perkara ini dan menyuruh mengambil tindakan undang keatas semua pihak yang terlibat. Saya telah dihubungi oleh Inspektor Azan dari Ibupejabat Polis Daerah Kuala Langat. Tetapai sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan telah diambil keatas pihak yang melakukan penganiayaan keatas haiwan. Saya berharap tuan dengan kuasa yang adanya pasti boleh melakukan sesuatu supaya perkara yang keji seperi ini tidak berulang pada masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

“ Semua Kehidupan Berhak Hidup Di Dunia Ini”


Yang Benar,

____________
(Ravichandran)

s. k:

1. Pengurus,
SPCA (Society for the Prevention of Cruelty to Animals)
Jalan Kerja Air Lama, 68000 Ampang, Selangor.

2. Inspektor Azan
Ibu Pejabat Polis Daerah Banting
Jalan Morib
42700 Banting
SELANGOR

3. YB Sivanesan
ADUN Perak.

2 comments:

Anonymous said...

i once saw a sticker of a dog (cartoon) on the wall. a few days later, someone wrote the word "khinzir" over it. didn't know a sticker can offend anyone so much!

Positive Freak said...

Will make it simple for these babarians.

My dog handler is a muslim and he has a heart for them.

Once the male fellow went into fits and the handler was there rubbing oinment all it's body to sustain the suffering my dog was going through.

Don't belief, write in this blog and give me your details to contact you and I will bring you to see for yourself.

Mind you this guy goes to mosque every Fridays.

I call this guy a genuine muslim friend with fear for Allah's creations.

I own 2 rottweilers and they are the best loving buddies I have. All those negative implications on rottweilers are all bull shit. Being a responsible rottweiler owner will proff to the world that they are the best.

I am a staunch animal LOVER and was very upset at the brutal killing done by the BN gomen.

Just like how they killed Kugan, Teoh and the rest, they did it to innocent animals.

When will this country ever change.

Full of bababarians at the helm.