Thursday, March 01, 2012

Tiew Nia Ma Perkasa

Oleh Anak Mami


Isu kontroversi angpow putih sudah menyakitkan masyarakt tionghua, di mana perkasa tanpa memhon maaf atau enggan mengakui niat jahat untuk memburukkan suasana hariraya gong xifacai . 2012 . Menurut Syed Hassan selaku setiausaha Pekasa menjelaskan “Memang benar ia satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati,”


Apa yang memeranjatkan masyarakat Tionghua , dalam facebook Ah Jib Gor , Najib sedaya upaya dan enggan mengakui Perkasa sebagai salah satu komponen BN, selain cuba menjauhkan diri dari isu kontroversi angpow putih., tapi dalam statement Perkasa Syed Hassan menjelaskan “PERKASA mengambil iktibar komen perdana menteri dalam isu ang pow sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina” . Penjelasan ini dapat membuktikan Najib memainkan peranan good cop dan Perkasa memainkan peranan bad cop. Penjelasan sedemikian lah agar mencurigakan rakyat mengesyaki Perkasa memanglah satu pertubuhan yang memainkan peranan untuk menghasut dan menakut nakutkan rakyat berbangsa Tionghua, supaya masyarakat menunduk kepala . .
Perkasa terdesak dan tidak ikhlas untuk memohon maaf kepada masyarakat Tionghua di Malaysia, Walaupun tersedar diri melakukan kesilapan menghina dan meperlecehkan budaya Cina, Malah sikap degil an angkuh cuba mengeluarkan statement dengan berbau perkauman, selain itu ingin memupuk semangat perkauman dilangan masyarakat, supaya masyarakat Tionghua akur kepada keperlakuan yang degil dan biadapnya, Perkasa juga sengaja mengungkitkan isu perkauman dan menghina masyarakat tionghua di Malaysia sekali lagi. Seperti mana Syed Hassan Syed Ali mengatakan “Bukan sedikit juga kaumnya telah mengusik sensitiviti orang Melayu terutama (berhubung) isu-isu Islam, namun sekali pun susah mendengar permohonan maaf dari mereka,” katanya.


Persoalan nya Isu Azan yang dibangkitkan oleh MCA yang rakan setia anda, MCA sebagai watak sandiwara semesra anda, terbukti ketika jamuan rumah terbuka Collin Tiew selaku exco cawangan Seputih juga memainkan watak barua di jamuan itu. Perkasa. dan MCA bersubahat mengujudkan isu kontroversi., memang terdapat unsure unsure konspirasi, Perkasa haruslah memahami MCA cumalah parti politik yang tak berkelayakan mewakili masyarakat tionghua di Malaysia. MCA bukan lah penaung budaya Tionghua di masyarakat Tionghua Malaysia. . MCA cuma sebuah pertubuhan politik untuk membodek umno. Sebuah parti politik membantu umno merampas wang rakyat, Jangan lah anggap kesemua rakyat berketurunan tionghua diwakili oleh MCA.. mahu tidak mahu isu ini sudah mengguris dan mencalar hati masyarakat kaum Tionghua di Malaysia ,


Walau apapun rakyat Malaysia berketurun Tionghua amat berterima kasih keatas jasa PERKASA , dimana isu konroversi ini sudah menyatukan masyarakat Tionghua, isu ini akan menghempitkan MCA dan menghentikan jantung MCA berdegup di pilihanraya akan datang.. Walaupun masyarakat Tionghua terguris hati dan menelan pahit, mengenggam bara sambil berhati sejuk menghadapi penghinaan ini, namun balas dendam tetap di segerakan dipilihanraya akan datang, melalui pilihanraya saja lah rakyat keturunan Tionghua akan menghukum sikap kurang ajar dan sikap biadap Perkasa dan umno. Tetap rakyat berketurunan Tionghua tiada maaf bagimu wahai Perkasa..


Masyarakat Tionghua amat memahami peranan MCA bersubahat dengan PERKASA melecehkan dan memalukan budaya Tionghua yang bersejarah 5000 tahun ini., Rakyat tidak teragak agak akan menebus keadilan melalui pilihanraya akan datang , Masyarakat majmuk dan rakyat berbilang bangsa yang mencintakan keamanan dan keadilan memberikan sokongan padu ingin meruntuhkan Umno, suara ABU lantang berbunyi , Gendang ABU mula dipalu , Perkasa dan UMNO tetap jadi sasaran dibuang masuk Laut Cina Selatan ,- Hidup ABU !!

0 comments: